← Bab SebelumnyaMuka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

KESEDARAN YANG AKAN TIMBUL SETELAH SESEORANG ITU TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, sama ada dengan cara telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu, dan boleh menghurai dan menerangkan yang seseorang itu tidak boleh sama ada

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah dan jika telah sama ada

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah, bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi, akan timbul kesedaran yang sedang menyedari kepada

"YANG BUKAN YANG DISEDARI SEBAGAI BADAN DIRI SENDIRI"

Contoh jika ia menyedari kepada perbuatan yang sedang berlaku kepada badan dirinya, perbuatan tersebut akan disedari sebagai perbuatan yang bukan yang dirasakan sebagai perbuatan badan dirinya,

Jika seseorang yang sudah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu

Ia telah tidak lagi sama ada:

- memperkatakan dengan lisan lidahnya,
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Tidak ada lagi yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri

Jika ia menyedari kepada sifat yang ternyata kepada badan dirinya, sifat tersebut akan disedari sebagai sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri.

Dari sini barulah boleh dilakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya penyaksian dan pengakuan bahawa sifat yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sifat ketuhanan Allah iaitu dengan melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Selagi seseorang itu masih merasakan sifat yang ternyata pada badan dirinya sebagai sifat badan dirinya sendiri,

Jika dilakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah kerana sifat tersebut telah dan sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri.

Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan/taip yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama